Mar 3, 2013

Bawang


Bila orang tanya lepas aku habis makan, "Eh, tak makan ke sayur tu?"
Aku akan berkerut sambil pandang sayur tersebut dan cakap, "Tu bawang la. Bawang bahaya kot."

Aku tak kategorikan bawang sebagai sayur, malah menganggap bawang tu makanan berbahaya walaupun ia dapat menyedapkan masakan - hanya jika bawang tersebut tidak kelihatan di dalam makanan, maksud aku ditimbuk sehingga lumat di-blender terlebih dahulu.

Konsep dia macam ni,

Ia sama seperti para ilmuan tidak sependapat dengan warna hitam; warna atau bukan warna?

Ia sama seperti fotografer-fotografer dengan DSLR mereka; Nikon, Canon atau yang mana lebih baik?

Ia sama seperti orang bergaduh pasal browser; Firefox, Chrome, Opera, IE?

Ia sama seperti mereka yang sering berkelahi mengenai OS; Windows atau Ubuntu?

Sama juga seperti orang bercakap pasal enjin kereta; VTEC atau MIVEC?

Haaa apa lagi yang korang tak puas hati?

2 comments:

  1. Woohoho chill chill. So makan sayur tak? hehe

    ReplyDelete
  2. Bawang dengan sawi je tak suka. Yang lain no hal. hehe

    ReplyDelete